29: PERIBAHASA 3
Start
Your answers are highlighted below.
Question 1 |
Pak Kashim gemar __________ ke seluruh kampung untuk menceritakan keburukan perangai anaknya.
A | bawa mulut |
B | mulut tempayan |
C | ringan mulut |
D | isi mulut |
Question 2 |
Selepas pencen, Pak Kamal tidak lagi bergaul dengan masyarakat di kampungnya __________.
A | seperti enau dalam belukar |
B | seperti kera sumbang |
C | seperti lipas kudung |
D | seperti bulan dipagar bintang |
Question 3 |
Orang-orang kampung menganggap Mak Salmah melakukan perkara yang sia-sia sahaja menunggu anaknya yang tidak pulang-pulang __________.
A | bagi tidur di atas miang |
B | bagai wau putus teraju |
C | bagai menghitung bulu kambing |
D | bagai si lumpuh hendak merantau |
Question 4 |
Syahirah pandai __________ dengan ayahnya. Oleh sebab itulah segala kehendaknya ditunaikan.
A | memberi muka |
B | bermuka-muka |
C | angkat muka |
D | tebal muka |
Question 5 |
"Aku lebih dahulu __________ daripada engkau. Janganlah pula cuba hendak mengajar aku," kata nenek kepada ibu.
A | makan angin |
B | makan garam |
C | makan suap |
D | makan hati |
Question 6 |
Perkahwinan antara Sidek dan Suraya __________ kerana akhirnya mereka berpisah jua.
A | bagai kunyit dengan kapur |
B | bagai buluh ditarik songsang |
C | bagai api dalam sekam |
D | bagai embun di hujung rumput |
Question 7 |
Harap jangan awak beritahu rahsia sulit ini kepada Karim kerana dia memang __________, nanti orang lain akan tahu tentang perkara itu.
A | berat mulut |
B | mulut tempayan |
C | buah mulut |
D | mulut murai |
Question 8 |
Danial seorang yang __________ kerana tidak menghiraukan nasihat ayahnya.
A | berat kepala |
B | ikut kepala |
C | kepala batu |
D | kepala ribut |
Question 9 |
Adik perempuan saya yang berusia dua tahun itu bertutur __________ kerana baru sahaja pandai bercakap.
A | seperti bertih yang digoreng |
B | seperti Belanda minta tanah |
C | seperti isi dengan kuku |
D | seperti duduk di atas duri |
Question 10 |
"Janganlah adik __________ dengan kata-kata kakak itu," pujuk Puan Salina kepada anak bongsunya.
A | hati emas |
B | ambil hati |
C | ambil angin |
D | khabar angin |
Question 11 |
Kami membawa buah-buahan sebagai __________ ketika melawat kawan yang sakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
A | buah hati |
B | anak angkat |
C | buah tangan |
D | anak buah |
Question 12 |
Tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Yusof itu memuji pasangan pengantin yang sama cantik __________ itu.
A | seperti langit dengan bumi |
B | seperti kelip-kelip terbang malam |
C | seperti bulan jatuh ke riba |
D | seperti pinang dibelah dua |
Question 13 |
Syukri dan Hamzah selalu bertengkar __________ apabila mereka berjumpa.
A | bagai buku bertemu ruas |
B | bagai anjing dengan kucing |
C | bagai cincin dengan permata |
D | bagai harimau kehilangan taring |
Question 14 |
"Janganlah kamu __________ dengan kejayaan orang lain," pesan Cikgu Rosmah kepada anak muridnya.
A | iri hati |
B | ada hati |
C | berat hati |
D | isi hati |
Question 15 |
Jamil berasa sangat sedih dan kecewa kerana lamarannya telah ditolak oleh Ashikin __________.
A | seperti kera mendapat bunga |
B | seperti langit dengan bumi |
C | seperti tikus jatuh ke beras |
D | seperti kaca jatuh ke batu |
Question 16 |
"Nampaknya kita terpaksa __________ dalam pertelingkahan antara mereka itu," kata Ghazali kepada Mazim.
A | campur tangan |
B | dalam tangan |
C | curi masa |
D | curi tulang |
Question 17 |
Nasrul dan Johari tidak ubah __________ kerana mereka sering bergaduh apabila berjumpa.
A | bagai batu jatuh ke lubuk |
B | bagai ayam disambar helang |
C | bagai anjing dengan kucing |
D | bagai bertih digoreng |
Question 18 |
Faiz yang __________ itu selalu menolong ayahnya berkebun sayur.
A | curi tulang |
B | ringan tulang |
C | berat tulang |
D | putih tulang |
Question 19 |
Sharul yang suka bercakap banyak __________ itu tidak disukai oleh rakan-rakan sebiliknya.
A | seperti si kudung mendapat cincin |
B | seperti kera sumbang |
C | seperti murai dicabut ekor |
D | seperti lipas kudung |
Question 20 |
Amirul dikatakan __________ kerana perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.
A | berat kepala |
B | keras kepala |
C | kepala angin |
D | kepala batu |
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect.
Get Results
There are 20 questions to complete.
← |
→ |
You have completed
questions
question
Your score is
Correct
Wrong
Partial-Credit
You have not finished your quiz. If you leave this page, your progress will be lost.
Correct Answer
You Selected
Not Attempted
Final Score on Quiz
Attempted Questions Correct
Attempted Questions Wrong
Questions Not Attempted
Total Questions on Quiz
Question Details
Results
Date
Score
Hint
Time allowed
minutes
seconds
Time used
Answer Choice(s) Selected
Question Text
All done
: Need more practice!
: Keep trying!
: Not bad!
: Good work!
: Perfect!
29: PERIBAHASA 3