30: AYAT
Question 1 |
A | Cerita buku ini patut menarik dan dibaca oleb semua murid. |
B | Semua murid patut membaca buku cerita yang menarik ini. |
C | Semua murid ini patut membaca buku cerita yang menarik. |
D | Buku yang menarik cerita ini patut dibaca oleh murid semua. |
Question 2 |
Pilih ayat yang betul.
I Ah Seng menerima hadiah itu daripada isterinya.
II Setem yang dikumpulnya semakin hari makin banyak.
III Mereka berlatih badminton hingga pada tengah malam.
IV Ali belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam peperiksaan.
A | II dan IV |
B | I dan IV |
C | II dan III |
D | I dan III |
Question 3 |
“Kalau begitu biarlah __________ dan sahabat-sahabat sahaja yang menjalankan tugas itu,” kata Laksamana kepada Sultan Mansur Shah.
A | saya |
B | hamba |
C | beta |
D | patik |
Question 4 |
Xue Jing menyambut tetamu yang datang ke rumahnya dengan __________.
A | dekat |
B | sibuk |
C | mesra |
D | meriah |
Question 5 |
Datuk __________ di kebunnya di bawab sinaran matahari yang terik untuk menanam anak-anak pokok.
A | makan tulang |
B | mencuri tulang |
C | membanting tulang |
D | berat tulang |
Question 6 |
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betuL
I Jalan ke kampung itu ditutup buat sementara waktu kerana banjir.
II Buah kelapa yang dijualnya telah jalan sekelip mata.
III Projek pembinaan jambatan itu telah mendapat jalan untuk diteruskan.
IV Dia mencari jalan untuk menyelesaikan masalah syarikatnya.
A | II dan III |
B | I dan II |
C | III dan IV |
D | I dan IV
|
Question 7 |
Boon Siew menghabiskan minumannya dengan cepat kerana terlalu haus.
Perkataan seerti bagi haus ialah
A | kering |
B | panas |
C | dahaga |
D | hangat |
Question 8 |
Hock Seng mengait __________ buah rambutan dengan sebatang galah.
A | setangkai |
B | sejambak |
C | serumpun |
D | seikat |
Question 9 |
Baju budak itu __________ terkena tanah semasa menggali lubang.
A | calar-balar |
B | cobak-cabik |
C | compang-camping |
D | comot-momot |
Question 10 |
Majlis rumah terbuka diadakan oleh Puan Nurul Izzah supaya __________ mengeratkan hubungannya dengan jiran.
A | telah |
B | dapat |
C | pernah |
D | dengan |
Question 11 |
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betuL
I Siti meminjam buku cerita daripada kawannya.
II Dia membawa dua buku roti ke sekolah.
III Fikirannya menjadi buku untuk menyelesaikan masalah itu.
IV Susu getah itu menjadi buku setelah bercampur dengan asid.
A | I dan IV |
B | III dan IV |
C | II dan III |
D | I dan II |
Question 12 |
Nasi lemak yang dijual di gerai Mak Aminah sungguh enak dan harganya pula murah.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A | Bagaimanakah nasi lemak yang dijual di gerai Mak Siti? |
B | Mengapakah nasi lemak Mak Siti dijual dengan murah? |
C | Siapakah yang menjual nasi lemak yang enak dan murah? |
D | Di manakah Mak Siti menjual nasi lemak yang enak dan murah? |
Question 13 |
Pilih ayat yang betul.
I Tiga orang penumpang bas itu hendak ke Taman Negara.
II Setengah orang tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
III Sebahagian daripada penonton itu dijemput khas oleh pihak penganjur.
IV Para-para tetamu dijemput masuk ke dalam dewan.
A | II dan IV |
B | II dan III |
C | I dan IV |
D | I dan III |
Question 14 |
Ayam itu sedang ______ sisa makanan di belakang rumah.
A | mencedok-cedok |
B | mengetuk-ngetuk |
C | menyudu-nyudu |
D | mematuk-matuk |
Question 15 |
Shi Ting ingin menjadi guru. Dia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai __________nya.
A | impian |
B | ingatan |
C | igauan |
D | khayalan |
Question 16 |
Guru Besar dan jurulatih pasukan bola itu sedang berbincang __________ perlawanan yang akan datang.
A | tentang |
B | ketika |
C | demi |
D | terhadap |
Question 17 |
Pilh ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nurul terlelap ketika sedang mengulang kaji pelajarannya kerana terlalu penat berlatih bola tampar pada petang tadi.
A | Oleb sebab terlalu penat berlatih bola tampar pada petang tadi, Nurul terlelap ketika sedang mengulang kaji pelajarannya. |
B | Nurul penat mengulang kaji pelajarannya sehingga terlelap kerana telah berlatih bola tampar pada petang tadi. |
C | Ketika mengulang kaji pelajarannya, Nurul berasa penat kerana berlatih bola tampar hingga terlelap. |
D | Akibat berlatih bola tampar pada petang tadi, Nurul terlelap kerana terlalu penat mengulang kaji pelajarannya. |
Question 18 |
Puan Tan dan Puan Izaati sedang berbual mesra __________ Encik Tan pula membaiki keretanya.
A | walaupun |
B | kepada |
C | apabila |
D | manakala |
Question 19 |
Bilakah kamu akan manfaatkan buku-buku yang tersusun di rak itu?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A | Saya selalu meminjam buku-buku daripada rakan-rakan sekolah saya. |
B | Saya menyusunnya dengan rapi agar mudah diambil untuk dibaca. |
C | Saya selalu membacanya kerana itulah pesanan ayah saya. |
D | Saya membacanya ketika saya lapang terutamanya pada hujung minggu. |
Question 20 |
__________ yang dihidangkan oleh Devi merupakan makanan tradisional India.
A | Menu |
B | Resipi |
C | Donat |
D | Juadah |
← |
→ |