26: KATA SEERTI & BERLAWAN
Question 1 |
Kakak menyusun kain yang dilipat oleh ibu. Pilih perkataan berlawan bagi menyusun.
A | mengoyak |
B | menyelerakkan |
C | menghamburkan |
D | mengusut |
Question 2 |
Zakuan sedang menggali parit di tepi pondok itu. Pilih perkataan berlawan bagi menggali.
A | menambak |
B | mengambus |
C | membendung |
D | membatas |
Question 3 |
Bapa mengait buah rambutan di belakang rumah datuk. Perkataan seerti bagi mengait ialah
A | mengambil |
B | mencolok |
C | mencangkuk |
D | menghulur |
Question 4 |
Datuk mencantas pokok bunga di halaman rumah. Perkataan seerti bagi mencantas ialah
A | menebang |
B | mengerat |
C | memotong |
D | memangkas |
Question 5 |
Runtuhan tanah bukit itu telah membinasakan lima buah rumah. Perkataan seerti bagi membinasakan ialah
A | merobohkan |
B | meruntuhkan |
C | memusnahkan |
D | meragutkan |
Question 6 |
Pihak berkuasa tempatan merobohkan beberapa deret rumah di kawasan itu. Perkataan berlawan bagi merobohkan ialah
A | membina |
B | mengubah |
C | merosakkan |
D | memusnahkan |
Question 7 |
Awan berarak perlahan menghala ke Selatan. Perkataan berlawan bagi perlahan ialah
A | kuat |
B | segera |
C | pantas |
D | mara |
Question 8 |
Irama lagu Gangnam Style tetap segar sehingga ke hari ini. Perkataan seerti bagi Irama ialah
A | Nada |
B | Bunyi |
C | Bentuk |
D | Suara |
Question 9 |
Langsir di rumah Hajah itu agak labuh. Pilih perkataan berlawan bagi labuh.
A | sempit |
B | singkat |
C | kontot |
D | ketot |
Question 10 |
Kamal dan Halim mengail udang galah di Bagan Datoh sejak pagi lagi.
Perkataan seerti bagi mengail ialahA | memukat |
B | menjala |
C | memancing |
D | membubu |
Question 11 |
Lelaki itu telah meragut beg tangan Zalina yang disandang di bahunya. Perkataan seerti bagi meragut ialah
A | merengus |
B | mengambil |
C | merabut |
D | merebut |
Question 12 |
Dalam mesyuarat yang lepas, Fatin telah menyokong cadangan itu. Pilih perkataan berlawan bagi menyokong.
A | membantah |
B | mengganggu |
C | menggeleng |
D | menyangga |
Question 13 |
Pasukan bola sepak itu kelihatan pincang dengan ketiadaan beberapa orang pemain utama. Perkataan seerti bagi pincang ialah
A | tempang |
B | kalah |
C | patah |
D | gerun |
Question 14 |
Walaupun Wati buta sejak dilahirkan, namun dia seorang murid yang bijak. Perkataan berlawan bagi buta ialah
A | kabur |
B | celik |
C | cerah |
D | pejam |
Question 15 |
Sejak semua anak-anaknya berkerja, hidup Puan Aminah semakin senang. Perkataan berlawan bagi senang ialah
A | seksa |
B | susah |
C | aniaya |
D | zalim |
Question 16 |
Nenek menghalau beberapa ekor ayam yang mendekati padi jemurannya. Perkataan seerti bagi menghalau ialah
A | melempar |
B | menguis |
C | mengusir |
D | menepis |
Question 17 |
Pegawai itu memberi penerangan tentang projek perindustrian kepada semua penduduk secara terperinci. Pilih perkataan berlawan bagi terperinci.
A | rendah |
B | ringkas |
C | sedikit |
D | pendek |
Question 18 |
Banyak bendang padi di negara kita terbiar kerana tidak diusahakan. Perkataan seerti bagi bendang ialah
A | dusun |
B | kebun |
C | kawasan |
D | sawah |
Question 19 |
Siti menghidangkan nasi ayam Hainan kepada tetamu dengan masakan yang dimasak oleh ibunya.
Perkataan seerti bagi menghidangkan ialahA | menyajikan |
B | meletakkan |
C | mengaturkan |
D | menyusunkan |
Question 20 |
Laila memakai baju baharu semasa melayani tetamu. Pilih perkataan berlawan bagi baharu.
A | lusuh
|
B | usang |
C | luntur |
D | lama |
← |
→ |